|
|
|

 |
|
| Pusat Internet Desa Beranang |
|
|
|
|
Pusat internet desa ini telah ditubuhkan bagi merealisasikan seruan kerajaan iaitu merapatkan jurang digital di antara penduduk luar bandar dan penduduk bandar. Seiring dengan pembangunan yang negara alami, ICT memainkan peranan penting dan merupakan tunggak terhadap pembangunan negara. Melalui hasil usaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan kerjasama Pos Malaysia maka tertubuhlah Pusat Internet Desa ini. Majlis pelancaran pembukaan Pusat Internet Desa ini telah dirasmikan oleh Y.A.M DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pusat Internet Desa ini banyak memberi manfaat kepada penduduk luar bandar terutama golongan pemuda, wanita, pertani, usahawan kecil, warga emas, pendidik dan juga belia.
|
|
 |
 |
|
|
|