Portal Komuniti e-Pembelajaran Iklaneka
Ayuh!! Kita Jadi Celik IT
Laman Utama
Sejarah Beranang
Peta Beranang
Tentang PID
Berita Terkini
Belia
Wanita
Kesihatan
Tips Kesihatan
Pendidikan
Perindustrian
Keusahawanan
Kebudayaan
Pertanian
Infrastruktur
Kem PLKN
Iklaneka
Forum
Maklumbalas
Daftar untuk mendapatkan maklumat terbaru daripada laman web
Apakah pendapat anda mengenai laman web ini?
Menarik dan padat dengan maklumat berguna
Memerlukan lebih maklumat
Keputusan Undian

Pengenalan

ASAL USUL BERANANG

Beranang mendapat nama dari loghat Negeri Sembilan yang bermaksud 'berenang'. Enam sahabat yang diketuai oleh Tok Batin Lidah Hitam terpaksa berenang di sebuah sungai yang cetek untuk ke seberang sungai. Malangnya sungai yang disangka cetek, rupa-rupanya dlam dan arus yang deras. Setelah Tok Batin Lidah Hitam melepasi Sungai Beranang, air sungai tersebut kering atau cetek. Penduduk sekitarnya tidaklah perlu berenang lagi dan mengucapkan terima kasih kepada Tik batin Lidah Hitam. 

SEJARAH BERANANG
 
Beranang betul-betul terletak diatas sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Sebahagian Ulu Beranang termasuk dalam negeri Semblan. Beranang dan Semenyih pada suatu ketika dimiliki dan ditadbir oleh Dato' Kelana Sungai Ujong dan Datok Kelana Sendeng. Permasalahan sempadan Semenyih dan Beranang wujud berikutan sempadan yang tidak betul dan kawasan hutan tidak diukur dengan jelas.

LOKASI
 
Mukin Beranang terletak di daerah Hulu Langat, Negeri Selangor. Mukim ini bersebelahan dengan Mukim Semenyih dan Daerah Sepang. Di Utara Semenyih dan di Selatannya ialah Mantin Negeri Sembilan.

MUKA BUMI
 
Muka bumi Beranang tidaklah begitu tinggi. Bukit yang terdapat di sini ialah:
- Bukit Tempurung 401 kaki
- Bukit Buluh 401 kaki
- Bukit Ulu Beranang 2654 kaki


SENARAI KAMPUNG
 
- KG. SESAPAN BATU REMBAU
- KG. JALAN ENAM KAKI
- KG. KUALA PAJAM
- KG. SESAPAN BT MINANGKABAU
- KG. BUKIT KEPONG
- KG. SESAPAN KELUBI
- KG. SG.KEMBUNG HULU
- KG. SG.KEMBUNG HILIR
- KG. RINCHING TENGAH
- KG. RINCHING HILIR
- KG. SG. JAI
- KG. INDAH PKNS

No Events

 Hak milik Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan © 2010