Sawah padi ini terletak di Kg. Sesapan Batu Rembau, Beranang. Sawah padi ini diusahakan oleh penduduk tempatan kampung ini juga. Melalui hasil pengeluaran padi ini mereka telah memasarkan sendiri produk beras ini dengan menamakannya sebagai 'Beras Kampung'. Kini produk Beras Kampung ini kian mendapat sambutan dari semua pihak berhampiran Beranang.
Kebun sayur dan "sawah serai" ini terletak berhampiran dengan jalan besar Beranang. Kebun sayur ini diusahakan oleh penduduk tempatan Beranang dengan memajak tanah tersebut.Hasil daripada tanaman tersebut beliau memasarkan sendiri dengan menghantar di kedai- kedai berhampiran dan juga menjualnya sendiri didepan kawasan kebun tersebut.

Ladang pisang ini terletak di Kg. Jalan 6 Kaki, Beranang. Ladang ini diusahakan di tanah persendirian penduduk kampung ini juga. Hasil daripada tanaman ini dijual kepada pengusaha tempatan bagi tujuan menghasilkan produk makanan seperti kerepek pisang dan sebagainya. Hasil tanaman pisang ini sangat memberangsangkan dan mendapat sambutan daripada penduduk setempat.

PELADANG DAN PENTERNAKAN

