Kawasan Perusahaan Beranang diwujudkan semasa pentadbiran Menteri Besar Dato Haji Mohamad bin Mohamad Taib. Ketika itu banyak kilang-kilang haram wujud dipelbagai tempat dan zon perindustrian baru diperlukan agar kilang-kilang haram ini ditempatkan semula dalam satu zon yang lebih teratur. Misi pelaburan ke luar negara yang turut disertai oleh kerajaan negeri Selangor berjaya menarik pelabur asing ke Shah Alam. Malangnya Kawasan Perindustrian Shah Alam telah padat dan penuh.Jesteru itu kerajaan negeri bersama Kementerian Perindustrian mengalu-alukan Kawasan Perusahaan Beranang yang dimajukan oleh Pejabat Daerah Hulu Langat. Mulanya Kawasan Perusahaan ini tidaklah mendapat sambutan sangat kerana kedudukannya jauh dari Shah Alam, Selangor. Hanya kilang papan dan kilang mercun yang berminat beroperasi di sini. Namun kini keadaan berubah kerana Kawasan Perusahaan Beranang kini semakin maju dan mempunyai hampir 70 buah kilang.
Di kawasan Perindustrian Beranang terdapat banyak kilang mengusahakan perusahaan mereka dari pelbagai sektor . Mungkin kewujudan sektor-sektor ini disebabkan oleh permintaan pasaran tempatan mahupun antarabangsa .
- SMK Electronic (M) SDN.BHD merupakan kilang yang mengeluarkan product seperti Remote TV dan Compenant Electronic yang mendapat permintaan yang tinggi dari kilang-kilang yang lain terutama SONY, HITACHI dan sebagainya.
- GLODREIGN PLASTICS (M) SDN. BHD. ialah sebuah kilang yang terdapat di Bandar Tasik Kesuma Beranang yang merupakan kilang yang mengusahakan produk seperti Plastic Injection, Moulded Part for Electrical and Electronic Industries.
- SWEETDREAM INDUSTRIAL CORPORATION BHD. merupakan kilang yang mengeluarkan tilam yang berjenama SWEETDREAM yang sangat popular di Malaysia.
- LB ALUMINIUM BHD merupakan kilang yang terbesar di kawasan perindustrian Beranang ini. Kilang ini mengeluarkan product yang berasaskan aluminium seperti Extrusion ( Architective & Building Construction, Electronic Components & Electrical Parts, Furniture & Interior Decoration, Transportation, Common Profiles & other), Expanded Mesh, Albe Tee Ceiling Suspension System and Fitting & Accessories.
- LCL WOOD INDUSTRIES SDN.BHD. pula mengeluarkan produk yang berasakan kayu untuk menghasilkan perabot-perabot seperti Cabinet, Drawer Slides, Furniture & Furniture Equipment.
- STAR FEEDMILLS (M) SDN. BHD. merupakan salah satu kilang yang baru beroperasi di Beranang ini. Kilang yang dikenali sebagai CPF ini mengusahakan produk seperti Organic Food ( Organic Food & Organic Produce )
Semua perusahaan tersebut mengeluarkan produk yang sangat berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran tempatan mahupun luar negara ( international ).Dengan adanya kawasan perindustrian ini sedikit sebanyak dapat membantu penduduk sekitar Beranang memperolehi peluang pekerjaan dan mempunyai pendapatan. Ianya juga membantu mempercepatkan proses pembangunan dan kemajuan di Beranang ini.