
Institut pendidikan sangat penting dalam sesebuah kawasan kerana ianya turut menyumbang kepada faktor pembangunan dan kemajuan sesebuah kawasan. Di Beranang ini terdapat 7 buah sekolah termasuk sekolah menengah, sekolah rendah dan juga sekolah rendah jenis (c). Sekolah- sekolah yang terdapat di Beranang ialah Sekolah Keb. Beranang, Sek. Keb. J(C) Toh Fah, Sek. Keb. Kuala Pajam, Sek. Keb. Tasik Kesuma, Sek. Men. Keb. Khir Johari, Sek. Men. Keb. Tasik Kesuma dan yang terbaru Sek Intergrasi Beranang. Selain itu, terdapat juga empat buah Sekolah Agama yang dibina di Beranang ini bagi membolehkan para pelajar mempelajari bukan sahaja ilmu dunia malahan ilmu agama juga sebagai panduan kepada mereka. Pendidikan merupakan aspek yang sangat penting dalam ranjau perjalanan hidup kita. Hal ini kerana, tanpa ilmu pengetahuan kita tidak akan memeperolehi sebarang kemajuan dan membantu dalam pembangunan negara.
Selain sekolah-sekolah tersebut, di Beranang juga terdapat institut-institut pengajian tinggi seperti Pusat Giat Mara dan Kolej Profesional Mara yang menawarkan pelbagai kursus dan kemahiran untuk mereka membuat pilihan. Berhampiran Beranang juga terdapat juga pusat-pusat pengajian yang lebih tinggi untuk membolehkan mereka melanjutkan pengajian keperingkat lebih tinggi seperti Bandar Akademia dan University of Nottingham di Broga. Melihat keadaan di Beranang ini, dapat dilihat bahawa Beranang bukan sahaja membangun dari sektor perindustrian malahan juga sektor pendidikan. Beranang kini, dapat melahirkan lebih ramai generasi-generasi baru yang mana akan turut menyumbang dalam era pembangun negara.
Tanpa kelahiran generasi-generasi baru yang bijak, pandai ini agak sukar unatuk kita menghasilkan kualiti yang jitu dan sempurna bagi memertabatkan negara di mata dunia. Ilmu pengetahuan sangat penting kepada manusia kerana ianya merupakan pedoman dan merupakan cahaya untuk perjalanan hidup ini.Hal ini kerana, mereka yang berilmu bukan sahaja akan menyumbang khidmat kepada negara malahan juga akan berfikir bagaimana ingin memertabatkan negara di mata dunia. Dengan adanya sektor pendidikan yang berkembang pesat di Beranang ini sedikit sebanyak membantu anak- anak bangsa melanjutkan pelajaran mereka keperingkat lebih tinggi lagi.

