Portal Komuniti e-Pembelajaran Iklaneka
Ayuh!! Kita Jadi Celik IT
Laman Utama
Sejarah Beranang
Peta Beranang
Tentang PID
Berita Terkini
Belia
Wanita
Kesihatan
Tips Kesihatan
Pendidikan
Perindustrian
Keusahawanan
Kebudayaan
Pertanian
Infrastruktur
Kem PLKN
Iklaneka
Forum
Maklumbalas
Daftar untuk mendapatkan maklumat terbaru daripada laman web
Apakah pendapat anda mengenai laman web ini?
Menarik dan padat dengan maklumat berguna
Memerlukan lebih maklumat
Keputusan Undian

Keusahawanan

Secara umumnya, kegiatan ekonomi Beranang adalah berkisarkan pada aktiviti pertanian, penternakan dan perikanan. Hal ini disebabkan, keadaan muka buminya yang sesuai dengan aktiviti-aktiviti sedemikian. Hampir 85% gunatanah di Beranang ini adalah untuk tujuan pertanian. Seperti di tempat-tempat lain, terdapat juga kampung yang amat berjaya mengkomersilkan tanaman dan ternakan yang dahulunya hanyalah untuk tujuan sara diri tetapi tidak dinafikan terdapat kampung yang hampir tiada pertanian komersil dijalankan. Hasil pertanian Beranang adalah seperti serai. nanas, padi, pisang, nangka, kelapa sawit, tebu, pokok getah, sayur-sayuran dan buah-buahan (belimbing, durian, limau purut). Sekarang ini, permintaan terhadap tanaman serai begitu tinggi dan memberangsangkan dari pelbagai pihak. Jika dilihat di sekitar Beranang ini, terdapat banyak kawasan di usahakan dengan tanaman serai. Selain mudah ditanam, ianya juga tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi tetapi memberi hasil pulangan yang cukup menggalakkan. Bagi hasil penternakan pula ialah ikan air tawar, kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan ayam kampung. Semua hasil pertanian dan penternakan ini menjadi sumber pendapatan penduduk di Beranang samada menjualnya sendiri ataupun menjualnya kepada peraih yang datang. Permintaan terhadap hasil ternakan seperti kambing, biri-biri dan lembu begitu tinggi menjelang musim perayaan (hari raya korban,hari raya aidilfitri), kenduri- kendara (aqiqah). Di Beranang ini terdapat banyak penduduk kampung menjalankan perusahaan penternakan seperti Jek Farm, Kolam memancing Mulia Jaya, Kolam memancing  Tujuh Lakes, persendirian, dan sebagainya.

PERUSAHANAN KECIL YANG TERDAPAT DI BERANANG INI.....

PERUSAHAN BERAS KAMPUNG

        Perusahaan beras kampung ini telah diusahakan oleh Encik Shahruddin bin Yusuf atas nama perniagaan mereka Majumara Trading dan berdaftar dibawah Persatuan Peniaga - Peniaga Beras. Bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2000, kini Majumara Trading mampu berdiri gah dan seiring dengan pengusaha-pengusaha beras yang lain setelah hampir enam tahun berusaha keras memajukan perniagaaan mereka. En. Shahruddin yang dahulunya bertugas sebagai seorang kakitangan MAS, sanggup meletak jawatannya dan nekad untuk mengusahakan sawah padi yang terbiar dikampungnya. Bermula dengan menyewa tanah sawah kepunyaan orang kampung serta mengupah orang kampung mengerjakan sawah tersebut. En. Shahruddin memulakan perusahaan beras kampung itu dengan membeli sebuah kilang padi yang terbiar di pekan Beranang daripada Koperasi Serba Pengguna Beranang. Dengan adanya kilang padi tersebut, orang kampung mula menghantar padi mereka untuk diproses. Setelah hampir tujuh musim iaitu lebih kurang setengah tiga tahun setengah mengusahakan sawah padi dan apabila permintaan daripada orang ramai semakin menggalakan, En. Shaharuddin mula memfokuskan perusahaan beliau kepada proses pembungkusan dan penghantaran beras kampung kepada pelanggan-pelanggan sahaja.

         Dengan mendapatkan bekalan padi dari Tanjung Karang, Majumara Trading berpindah tempat operasinya ke rumah sewa dua pintu kepunyaan En. Shahruddin sendiri yang dijadikan tempat operasi mereka yang baru. Beliau mempunyai seramai empat orang pekerja tetap dan dua buah lori yang mampu memuatkan lima tan muatan pada satu masa. Oleh yang demikian, ianya memudahkan beliau memperluaskan pasarannya ke seluruh daerah dan negeri-negeri yang berhampiran. Jika dahulu, pasaran beras kampung  ini hanya berlegar disekitar Beranang, tetapi kini pasaranya telah menjangkau ke daerah lain seperti Hulu Langat, Kajang, Mantin, Seremban, Jelebu, Semenyih dan juga sekitar Kuala Lumpur. Sasaran utama pasaran beras kampung ini adalah para pengusaha kedai runcit, kedai makan, kantin-kantin sekolah serta individu- individu yang membeli secara pukal. Selain daripada memasarkan produk beras kampung keluarannya, En. Shahruddin turut sama memasarkan produk beras Kasturi dari Johor yang turut sama mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Kini , jualan beras kampung ini menjangkau 500 hingga 600 beg sehari dan secara puratanya, 60 tan sebulan. Namun begitu sebagai seorang yang berwawasan En. Shahruddin telah mensasarkan terget jualan beras kampungnya 100 tan sebulan untuk tahun hadapan. Keistimewaan beras kampung ini jika dibandingkan dengan beras- beras  lain yang terdapat dipasaran adalah, beras kampung  ini asli tanpa sebarang proses pengawetan dan dari segi rasa sudah pasti beras kampung ini  bagus berbanding beras- beras yang lain. Namun begitu, dari segi rupa , beras kampung ini juga diakui 10% hancur dan "Tidak cantik tetapi menawan". Beras kampung ini bukan sahaja digemari oleh bangsa Melayu tetapi turut mendapat sambutan daripada bangsa Cina.

PERUSAHAAN DAUN GETAH

        Perusahaan kraftangan daripada daun getah ini mula diusahakan sejak 10 tahun yang lalu oleh Puan Halimah Bte Saidin pada asalnya, perusahaan ini diusahakan atas dasr minat semata-mata. Namun setelah mendapat bimbingan dan kerjasama daripada pihak FAMA, Puan Halimah telah mula manjalankan perusahaan daun getah ini secara besar-besaran. Walaupun, perusahaan ini hanya dilakukan secara sambilan dirumah beliau, tetapi Puan Halimah tealh menyediakan sebuah stor khas dirumahnya sebagai bengkel menyimpan peralatan perusaannya itu. Menurut Puan Halimah beliau banyak mendapat tempahan daripada orang ramai untuk gubahan bunga telur, perhiasan dan juga gubahan untuk cenderahati. Harga yang ditetapkan juga sangat berpatutan iaitu sekitar RM1.50 hingga RM4.00 sekuntum berdasarkan kepada kesukaran gubahan yang diminta oleh pelanggannya. Beliau bukan sahaja mendapat tempahandaripada kawasan setempat, malahan juga dari seluruh Malaysia seperti Johor, Kedah, Perlis, Melaka dan juga Kelantan. Perusahaan daun getah ini juga telah mendapat perhatian daripada banyak pihak dan pernah disiarkan melalui televesyen menerusi rangkaian RTM dan turut dimuatkan dalan laman web Kraftangan Malaysia.

       Secara ringkasnya, proses penyediaan daun getah ini dimulakan dengan merandam daun getah tersebut selama sebulan.Proses merendam daun getah ini bertujuan untuk melembutkan struktur daun tersebut dan seterusnya membuat ianya terlerai.Kemudian daun getah tersebut dibersihkan terlebih dahulu bagi membuang selaput-selaput daun yang masih terdapat di daun tersebut. Setelah selesai proses pembersihan, daun tersebut direndam pula dengan bahan peluntur ianya bertujuan untuk menghilangkan kotoran dan mendapatkan warna yang asli daun tersebut iaitu warna putih. Daun tersebut hendaklah direndam dalam masa dua jam, dan dijemur semula sehingga kering. Proses terakhir perusahaan daun getah ini ialah  menyembur daun tersebut mengikut warna yang dikehandaki dengan menggunakan penyembur warna dan dibiarkan kering. Setelah itu, barulah proses penggubahan akan dilakukan oleh Puan Halimah mengikut kehendak pelanggan beliau

No Events

 Hak milik Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan © 2010