
Di Beranang, majoriti penduduknya berketurunan minang, maka mereka masih berpegang kuat terhadap kebudayaan tersebut. Kebanyakan rumah - rumah kampungnya masih mengekalkan tradisi minang kabaunya. Berikut ialah gambar-gambar rumah penduduk yang masih mengekalkan tradisi mereka. Walaupun terdapat rumah yang dibina bercirikan kemodenan, namun mereka masih mengekalkan tradisi mereka seperti ciri-ciri atap, tangga dan juga reka bentuk rumah tersebut.
Di Beranang ini juga mereka masih memainkan alatan tradisional minang iaitu CAK LEMPONG. Di KG. SESAPAN BATU MINANGKABAU terdapat kumpulan yang masih memainkan alatan muzik ini terutama semasa majlis perkahwinan.Lagu-lagu yang dimainkan melalui alat muzik ini merupakan lagu minangkabau yang begitu digemari ramai. Mereka yang juga terdiri daripada golongan belia memainkan alat muzik ini dengan diiringi tarian piring oleh golongan belia wanis. Mereka juga sering mendapat jemputan untuk majlis korporat, majlis perasmian dan pelbagai undangan lagi. Selain itu, terdapat beberapa buah kampung di Beranang ini yang menubuhkan kumpulan kompang bagi kampung masing-masing yang di pelopori oleh belia dan juga belia wanis. Mereka juga sering menerima undangan untuk majlis perkahwinan yang diadakan oleh penduduk di Beranang dan juga berhampiran.
 |
 |
 |
|
Kumpulan Kompang
|
Kumpulan Kompang
|
Kumpulan Kompang
|