Setiap penempatan pasti disediakan dengan kemudahan sekali bagi memberi keselesaan dan kesenangan kepada penduduknya. Di Beranang juga banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri untuk kegunaan orang ramai. Setiap kemudahan yang disediakan mempunyai fungsi-fungsi mereka tersendiri dan memberi banyak manfaat kepada penduduk di Beranang ini.
Dewan Haji Mad Silin misalnya digunakan oleh penduduk Beranang ini untuk banyak tujuan seperti perkahwinan, majlis penyampaian hadiah, bersukan, aktiviti kemasyarakatan dan banyak lagi.

Klinik kesihatan pula banyak membantu penduduk tempatan terutama golongan yang kurang berkemampuan. Di klinik ini juga mereka membantu semua lapisan masyarakat terutama warga emas, ibu mengandung dan para pelajar. Semua penduduk di Beranang ini begitu memanfaatkan setiap kemudahan yang diberi oleh kerajaan negeri.Kemudahan-kemudahan ini banyak membantu penduduk dari pelbagai aspek yang mana ianya membantu aktiviti harian mereka.

Pejabat Pos Beranang
Balai Polis Beranang
Dewan Haji Madsilin