Belia di kampung Beranang membuka sebuah bengkel motorsikal yang diusahakan bersama-sama rakan belia yang lain. Mereka telah membuka bengkel ini setelah menamatkan kursus di Pusat Giat Mara Beranang. Berbekalkan pengetahuan dan hasil perkongsian modal mereka membuka bengkel ini untuk keperluan orang ramai. Hasil usaha mereka kini telah membuka minat ramai belia di Beranang untuk mempelajari kemahiran tersebut.Mereka juga tidak lokek memberi tunjuk ajar kepada rakan belia yang lain.
Ini adalah salah satu daripada aktiviti yang dilakukan oleh belia Beranang. Mereka telah mengadakan aktiviti perkhemahan selama 3 hari ,2 malam di Hutan Simpan Ulu Yam. Aktiviti ini bertujuan menguji ketahanan fizikal mereka melalui aktiviti yang diadakan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memupuk semangat sifat bekerjasama dan muasabah diri.